Thursday, 23 July 2015

Pembuka Pintu Rezeki


"Ya Allah jika rezeki ku masih dilangit kau turunkanlah,jika dibumi kau keluarkan"



Rezeki lambat datang,rezeki tak kunjung tiba? Bagi yang merasakan dirinya terlalu sukar bila berkaitan dengan rezeki cubalah cek balik diri kita dengan Allah.Buat apa yang Allah suruh,pasti Allah bagi apa yang kita nak.


Dalam tidak sedar kita banyak buat dosa,tak pernah endahkan perintah Allah.Tapi bila kita hajatkan sesuatu tetapi tidak dipenuhi kita mula salahkan takdir dan seolah-olah Allah tidak adil dengan kita.Sebenarnya kita yang tak kenal Allah.Disini saya ada beberapa tips yang saya amalakan untuk rezeki kita dipermudahkan.Inshallah.


1)  TAUBAT    

 Kadang-kala kita terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh,sebenarnya konsep sebenar taubat adalah "ikhlas".Kalau kita benar-benar ikhlas nak berubah,Allah akan bagi jalan.Kunci itu ada pada kita.Berbalik pada fitrah kita sebagai hamba.Banyakkan ingat mati,tentang azab-azab Allah yang dasyat.Bertaubatlah bertaubatlah bertaubatlah.


Tinggalkan maksiat kerana salah satu punca rezeki kita tersekat adalah kerana dosa dosa kita.

2) ISTIGHFAR

Taubat untuk menghapuskan dosa-dosa besar dan istighfar untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.

Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Dasyatnya istighfar.

Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba bisa tertahan rizkinya karena dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). 

3) BERSEDEKAH

Tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah,kita nak Rezeki kita melimpah ruah kita banyak kan memberi.Ada yang takut "kalau sedekah aku nak makan apa nanti",sebenarnya kita belum kenal Allah.Kita bagi dulu,baru Allah bagi.cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
Rezeki kita pun ada bahagian orang lain,Allah tetapkan rezeki kita sama rata tiada yang lebih tiada yang kurang.so rajinkan bersedekah walaupun 10sen.Dengan berkat sedekah,kita bagi orang satu Allah akan bagi kta sepuluh.CUBALAH !!

4) BERSYUKUR

Dan ingatlah juga tatkala Tuhan-mu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pastiKami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih””. (Ibrahim; 14 : 7)
Banyakkan bersyukur,Allah akan tambahkan lagi kita rezeki.Contoh kalau gaji kita hari ini 10ringgit kalau kita bersyukur Allah akan gandakan jadi 20.Siapa kata mustahil? Ingat gaji yang kita dapat bukan bos kita yang bagi tapi Allah yang bagi,jadi Allah jugaklah menambahkan rezeki kita.Cuma kita tidak yakin je.Kalau yakin semua boleh.Allah akan bagi kita berdasarkan sangkaan kita padanya.


5) SOLAT DHUHA

“Hai anak Adam, tunaikanlah kewajibanmu untuk KU, yaitu sembahyang empat rakaat pada pagi hari, niscaya Aku akan mencukupi sepanjang harimu (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Abu Ya’la).
The Power of 4 Rakaat Duha

.“Wahai ALLAH, jikalau rejekiku masih diatas langit, maka turunkanlah Dan jikalau ada didalam bumi maka keluarkanlah dan jikalau sukar maka mudahkanlah dan jika haram maka sucikanlah dan jikalau masih jauh maka dekatkanlah.

Ramai yang tak mampu buat solat dhuha sebab tidak pernah tahu kelebihan solat dhuha,jika anda tahu kelebihan solat dhuha pasti anda sayang untuk tinggalkan.Hanya yang menghayati dan istiqamah je yang tahu betapa hebatnya solat dhuha ni.Allah melancarkan rezeki dan permudahkan segalanya.

Ini saja tips yang saya amalkan dan berjaya istiqamah.Tetapi banyak lagi cara lain cuma ini apa yang termampu saya lakukan.Jadikan ini satu rutin harian kita,lama kelamaan ia akan terbiasa dengan kehidupan kita.Cubalah kalau tak percaya dengan izin Allah anda akan jumpa apa yang anda inginkan.


PILIHAN ITU PILIHAN KITA.
"Orang kaya memilih kaya dan beriman tetapi orang miskin akan memilih antara beriman atau kaya"



Sunday, 19 July 2015

Percaya sebenar-benarnya pada Allah.

Assalamulaikum wbt.

                "Ya Allah jika rezekiku masih di langit kau turunkanlah dan jika rezeki di bumi engkau keluarkanlah"

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya walaupun tidak seberapa,tetapi ada sesuatu perkongsian yg ingin saya kongsi kan.Yang pasti korang boleh mengambil ikhtibar daripada hidup saya.

Saya bukanlah seorang yg pandai dalam akedemik,sebab kalau di sekolah saya dipanggil "budak sukan".Tetapi prinsip saya walaupun saya aktif bersukan saya nak jugak berjaya dalam akedemik.

Saya dah dikategorikan pelajar yg akan gagal dalam SPM 2010 kerana kerap tidak ke sekolah kerana bersukan hingga ke peringkat negeri.Di saat gentir SPM,saya ada tiga bulan untuk sedar dan untuk belajar semua subjek tertinggal.Mustahilkan? but i did it,kun fayakun. 

Selama tiga bulan tu,orang tidor saya belajar belajar belajar dan belajar sebab nak cover balik benda yang banyak saya tertinggal.Orang semua pandang rendah pada saya dan salah seorang classmate pernah kutuk saya yg saya akan gagal dlm SPM masa yang sama saya berasa terasing.Yela mana orang nak kawan dengan budak bodoh.

Dalam hati saya tidak pernah pedulikan sesiapa kecuali Allah.Pengharapan saya pada Allah terlalu tinggi.Hanya pada Allah tempat saya bergantung dan memohon pertolongan.Cuba fikir sejenak,ada yang belajar sungguh-sungguh tetapi masih belum berjaya kenapa? sebab rezeki kita sudah ditentukan.Tetapi bagi saya,saya mohon petunjuk seperti buat solat hajat,solat isthkarah mohon Allah ilhamkan saya usaha untuk kearah kejayaan.Itu yang terbaik bukan.Daripada kita berusaha dengan jalan yg salah,baru kita berserah pada Allah.Cari Allah dulu :)

Akhirnya result saya lebih cemerlang daripada yang selama ni mengutuk saya,ingat doa orang teraniayai tiada hijab dengan Allah.Allah dengar doa saya yang tak pernah terlintas langsung dengan kejayaan tu.Pada akhir persekolahan saya di anugerahkan TOP 30 keputusan spm terbaik dan tokoh sukan sekolah saya.Anugerah yg tak pernah saya fikirkan.Inilah anugerah Allah.Gembira sangat bila dapat buktikan kepada haters hasil kemampuan saya sendiri.

Bila difikirkan balik terlalu besar pemberian Allah dan tidak masuk akal dengan seorang pelajar dicop bodoh sudah hampir berjaya,amin.Terima kasih Allah dengan ilmu yg engkau kurniakan.Dan sekarang Saya sudah memegang Diploma kejuruteraan mekanikal (am) dan sudah bekerja di salah satu syarikat terbesar di malaysia ni sebagai assistant engineer (nama syarikat dirahsiakan).Dan akan melanjutkan pelajaran jarak jauh untuk ijazah dalam bidang yang sama.Inshallah.

Disini bukanlah untuk niat untuk menunjuk tetapi sekadar untuk menyedarkan sahabat diluar sana bahawa kejayaan itu pilihan kita.Saya pegang kata-kata ni "Bukan salah kita dilahirkan miskin,tetapi kita akan salah bila mati keadaan miskin" .Saya bukan pecinta dunia,saya nak kejar akhirat sebab setahu saya bila kita kejar akhirat harta dunia datang sujud.Apa yang saya minta dengan Allah supaya Allah campakkan sebenar benar iman dalam diri saya supaya tidak tertipu dengan tipudaya dunia.Allhurabbi bila saya betul-betul iktikad dan berjaya istiqamah banyak rezeki yang tak disangka sangka datang.Nasib hidup kita sudah ditentukan ,bagi Allah semuanya sudah bermula dan sudah berakhir.Semuanya Allah punya.

Kita jaga Allah,Allah jaga kita.Banyak kan bertaubat dan istighfar.SELAMAT MAJU JAYA.