"Ya Allah jika rezeki ku masih
dilangit kau turunkanlah,jika dibumi kau keluarkan"
Rezeki lambat datang,rezeki tak
kunjung tiba? Bagi yang merasakan dirinya terlalu sukar bila berkaitan dengan
rezeki cubalah cek balik diri kita dengan Allah.Buat apa yang Allah suruh,pasti
Allah bagi apa yang kita nak.
Dalam tidak sedar kita banyak buat
dosa,tak pernah endahkan perintah Allah.Tapi bila kita hajatkan sesuatu tetapi
tidak dipenuhi kita mula salahkan takdir dan seolah-olah Allah tidak adil
dengan kita.Sebenarnya kita yang tak kenal Allah.Disini saya ada beberapa tips
yang saya amalakan untuk rezeki kita dipermudahkan.Inshallah.
1) TAUBAT
Kadang-kala kita terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh,sebenarnya konsep sebenar taubat adalah "ikhlas".Kalau kita benar-benar ikhlas nak berubah,Allah akan bagi jalan.Kunci itu ada pada kita.Berbalik pada fitrah kita sebagai hamba.Banyakkan ingat mati,tentang azab-azab Allah yang dasyat.Bertaubatlah bertaubatlah bertaubatlah.
Tinggalkan maksiat kerana salah satu
punca rezeki kita tersekat adalah kerana dosa dosa kita.
2) ISTIGHFAR
Taubat untuk menghapuskan dosa-dosa besar dan istighfar untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.
Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Dasyatnya istighfar.
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba bisa tertahan rizkinya karena dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
3) BERSEDEKAH
Tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah,kita nak Rezeki kita melimpah ruah kita banyak kan memberi.Ada yang takut "kalau sedekah aku nak makan apa nanti",sebenarnya kita belum kenal Allah.Kita bagi dulu,baru Allah bagi.cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
Rezeki kita pun ada bahagian orang
lain,Allah tetapkan rezeki kita sama rata tiada yang lebih tiada yang kurang.so
rajinkan bersedekah walaupun 10sen.Dengan berkat sedekah,kita bagi orang satu
Allah akan bagi kta sepuluh.CUBALAH !!
4) BERSYUKUR
Dan ingatlah juga tatkala Tuhan-mu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pastiKami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih””. (Ibrahim; 14 : 7)
Banyakkan bersyukur,Allah akan tambahkan lagi
kita rezeki.Contoh kalau gaji kita hari ini 10ringgit kalau kita bersyukur
Allah akan gandakan jadi 20.Siapa kata mustahil? Ingat gaji yang kita dapat
bukan bos kita yang bagi tapi Allah yang bagi,jadi Allah jugaklah menambahkan
rezeki kita.Cuma kita tidak yakin je.Kalau yakin semua boleh.Allah akan bagi
kita berdasarkan sangkaan kita padanya.
5) SOLAT DHUHA
“Hai anak Adam, tunaikanlah kewajibanmu untuk KU, yaitu sembahyang empat rakaat pada pagi hari, niscaya Aku akan mencukupi sepanjang harimu (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Abu Ya’la).
The Power of 4
Rakaat Duha
.“Wahai ALLAH, jikalau rejekiku masih
diatas langit, maka turunkanlah Dan jikalau ada didalam bumi maka keluarkanlah
dan jikalau sukar maka mudahkanlah dan jika haram maka sucikanlah dan jikalau
masih jauh maka dekatkanlah.
Ramai yang tak
mampu buat solat dhuha sebab tidak pernah tahu kelebihan solat dhuha,jika anda
tahu kelebihan solat dhuha pasti anda sayang untuk tinggalkan.Hanya yang
menghayati dan istiqamah je yang tahu betapa hebatnya solat dhuha ni.Allah
melancarkan rezeki dan permudahkan segalanya.
Ini saja tips
yang saya amalkan dan berjaya istiqamah.Tetapi banyak lagi cara lain cuma ini
apa yang termampu saya lakukan.Jadikan ini satu rutin harian kita,lama kelamaan
ia akan terbiasa dengan kehidupan kita.Cubalah kalau tak percaya dengan izin
Allah anda akan jumpa apa yang anda inginkan.
PILIHAN ITU
PILIHAN KITA.
"Orang
kaya memilih kaya dan beriman tetapi orang miskin akan memilih antara beriman
atau kaya"