Sunday, 19 July 2015

Percaya sebenar-benarnya pada Allah.

Assalamulaikum wbt.

                "Ya Allah jika rezekiku masih di langit kau turunkanlah dan jika rezeki di bumi engkau keluarkanlah"

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya walaupun tidak seberapa,tetapi ada sesuatu perkongsian yg ingin saya kongsi kan.Yang pasti korang boleh mengambil ikhtibar daripada hidup saya.

Saya bukanlah seorang yg pandai dalam akedemik,sebab kalau di sekolah saya dipanggil "budak sukan".Tetapi prinsip saya walaupun saya aktif bersukan saya nak jugak berjaya dalam akedemik.

Saya dah dikategorikan pelajar yg akan gagal dalam SPM 2010 kerana kerap tidak ke sekolah kerana bersukan hingga ke peringkat negeri.Di saat gentir SPM,saya ada tiga bulan untuk sedar dan untuk belajar semua subjek tertinggal.Mustahilkan? but i did it,kun fayakun. 

Selama tiga bulan tu,orang tidor saya belajar belajar belajar dan belajar sebab nak cover balik benda yang banyak saya tertinggal.Orang semua pandang rendah pada saya dan salah seorang classmate pernah kutuk saya yg saya akan gagal dlm SPM masa yang sama saya berasa terasing.Yela mana orang nak kawan dengan budak bodoh.

Dalam hati saya tidak pernah pedulikan sesiapa kecuali Allah.Pengharapan saya pada Allah terlalu tinggi.Hanya pada Allah tempat saya bergantung dan memohon pertolongan.Cuba fikir sejenak,ada yang belajar sungguh-sungguh tetapi masih belum berjaya kenapa? sebab rezeki kita sudah ditentukan.Tetapi bagi saya,saya mohon petunjuk seperti buat solat hajat,solat isthkarah mohon Allah ilhamkan saya usaha untuk kearah kejayaan.Itu yang terbaik bukan.Daripada kita berusaha dengan jalan yg salah,baru kita berserah pada Allah.Cari Allah dulu :)

Akhirnya result saya lebih cemerlang daripada yang selama ni mengutuk saya,ingat doa orang teraniayai tiada hijab dengan Allah.Allah dengar doa saya yang tak pernah terlintas langsung dengan kejayaan tu.Pada akhir persekolahan saya di anugerahkan TOP 30 keputusan spm terbaik dan tokoh sukan sekolah saya.Anugerah yg tak pernah saya fikirkan.Inilah anugerah Allah.Gembira sangat bila dapat buktikan kepada haters hasil kemampuan saya sendiri.

Bila difikirkan balik terlalu besar pemberian Allah dan tidak masuk akal dengan seorang pelajar dicop bodoh sudah hampir berjaya,amin.Terima kasih Allah dengan ilmu yg engkau kurniakan.Dan sekarang Saya sudah memegang Diploma kejuruteraan mekanikal (am) dan sudah bekerja di salah satu syarikat terbesar di malaysia ni sebagai assistant engineer (nama syarikat dirahsiakan).Dan akan melanjutkan pelajaran jarak jauh untuk ijazah dalam bidang yang sama.Inshallah.

Disini bukanlah untuk niat untuk menunjuk tetapi sekadar untuk menyedarkan sahabat diluar sana bahawa kejayaan itu pilihan kita.Saya pegang kata-kata ni "Bukan salah kita dilahirkan miskin,tetapi kita akan salah bila mati keadaan miskin" .Saya bukan pecinta dunia,saya nak kejar akhirat sebab setahu saya bila kita kejar akhirat harta dunia datang sujud.Apa yang saya minta dengan Allah supaya Allah campakkan sebenar benar iman dalam diri saya supaya tidak tertipu dengan tipudaya dunia.Allhurabbi bila saya betul-betul iktikad dan berjaya istiqamah banyak rezeki yang tak disangka sangka datang.Nasib hidup kita sudah ditentukan ,bagi Allah semuanya sudah bermula dan sudah berakhir.Semuanya Allah punya.

Kita jaga Allah,Allah jaga kita.Banyak kan bertaubat dan istighfar.SELAMAT MAJU JAYA.






No comments:

Post a Comment