Friday, 29 March 2013

Lagenda Budak Dajal



ASSALAMUALAIKUM Sahabat....

 Korang mesti pernah dengar kan “lagenda budak syaitan”,tapi lagenda budak dajal lansung tiada kaitan dengan ini.Jalan cerita yang berbeza dan ianya realiti bukan lakonan dan rekaan daripada sesiapa pun.Langsung tidak terfikir bagi saya,seorang yang saya anggap dia musuh tetapi akhirnya sekarang dialah kawan baik saya yang pernah digelar dajal dan saya mengganggap dialah Lagenda budak Dajal.Dia bukan dajal yang bermata satu tetapi hanyalah perangai dia seakan-akan dajal sehingga dia dipanggil Dajal tetapi pada suatu masa Allah telah memberi rahmat yang paling besar dalam hidupnya…..Dan kini dia telah mengkagumkan saya dan orang ramai kerana dia bakal memegang segulung ijazah dan sekarang masih melanjutkan pelajaran di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI).


Pada awalnya,saya hanya kenal dia sebagai seorang senior saya dan tidak mungkin saya akan menjadi kawan baiknya padahal dia orang kampong saya jugak.Perangai dia seakan-akan tidak berperikemanusiaan membuat saya  tidak menghormatinya,Dia anak orang yang berada,orangnya pulak handsome malah semua benda dia nak mesti dapat dan dia akan usahakan dengan cara dia sendiri walaupun cara itu kejam.Saya memang kenal dia,tetapi saya lansung tidak ambik kisah Cuma saya mendapat cerita ini pun daripada orang lain.ini antara sebab mengapa dia dipanggil dajal.

Persendakan Hari akhirat
           Astafirullahalazim,seolah-olah menghina kebesaran dan kekuasaan Allah sebagai yang maha esa.Tidak sah kalau dia dipanggil dajal.saya teringat sampai sekarang ayat dia

Masa akhirat nanti semua orang telanjang bulat kan,so katanya dia nak jual bundle murah-murah.Semua manusia berkumpul dipadang masyar kan kononya Boxer satu seringgit dah untung”

Allahuakhbar,rasa takutnya kita dilaknat oleh Allah.



Persendakan nama Nabi
Tugas rasul untuk menyampaikan berita gembira kepada kita,tetapi itu balasan dia.Saya tidak berapa ingat tentang hinaan dia kepada para nabi.Kalau saya pulak yang menokok nambahnya cerita maka sudah tidak menjadi cerita benar,malah saya sendiri yang akan dilaknat oleh Allah.Cuma memang jelas,dia pernah permainkan nama-nama nabi kita

Tiada Perasaan
          Orang yang tiada perasaan ini susah dibuat kawan,apa yang kita rasa dia tidak merasainya.Salah satu perbuatan tidak berperasaan dia adalah…

“Pada suatu ketika dia ingin ke kedai,tetapi kawan dia sempat mengirimkan untuk membeli air Redbull yang dalam tin ,masa dia balik kawan dia pelik mengapa tin air tersebut terbuka tapi alasan dia cakap,itu sebagai upah membeli jadi dia minum sedikit.Lalu kawan dia tidak ambik kisah,terus minum tetapi termuntah semula padahal air yang dalam tin redbull itu sudah habis diminum dan di ganti dengan air kencing.Hee tak boleh bayangkan minum air kencing.

Bila tiba masanya……
Dia semakin selesa dengan perbuatan dia sampai orang tidak berani menegur malah semakin bermaharajalela dengan kejahatan.Allah telah mengujinya kemalangan.Dia mengalami kemalangan jalan raya pada hari pertama Raya Aidilfitri,Orang mungkin meramal dia meninggal dunia,kerana semasa kemalangan itu wajahnya bertukar kerana tempurung kepala pecah,bawah mata yang berlubang tertusuk serpihan cermin,rahang patah dan gigi semua berterabur.Tetapi Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk hidup.Selepas pada kemalngan itu segala-galanya bertukar,wajahnya seolah-olah tidak pernah orang kenal.Sebagai pengajaran:

Kadang-kadang Allah bagi kita umur yang panjang adalah satu rahmat dan Allah bagi kita umur yang panjang supaya kita bertaubat di atas dosa dan kesilapan kita selagi pintu taubat masih terbuka untuk kita.Betapa sayangnya Allah pada kita”

Kami berkawan?

Ya hari yang tidak disangkakan dia telah ditawar menjadi pelajar tingkatan enam dan telah menjadi senior untuk kali kedua.tetapi lain ceritanya apabila dia tinggal di asrama malah satu dorm dengan saya.Pada mulanya saya lansung tidak menghiraukan tetapi disebabkan tinggal sebilik makin lama kami mulai rapat dan makin lama kami mulai berkawan.Perangai dajal dia masa itu sudah lupus dek banyak pengalaman yang menginsafkan dirinya.Pada tahun itu dia menduduki peperiksaan STPM dan Saya menduduki peperiksaan SPM..
          Saya yang dulu takut untuk memonteng sekolah,akhirnya saya tertunduk dengan diri sendiri.disebabkan kisah lagenda dia dulu sehingga orang tetap memanggil dia dajal dan saya pulak hampir dipanggil “ adik dajal” walaupun dia masih digelar legenda dajal tetapi saya tidak kisah kerana saya berasa selesa berkawan orang sepertinya malah dia telah berubah menjadi orang baik.saya pun turut boleh dikategorikan pelajar malas belajar.tetapi  kami berharap

walaupun sejahat-jahat kami,kami nak pegang segulung ijazah

Haa macam annoying je kan malas belajar tetapi ada hati nak segulung ijazah.Tetapi akhirnya doa kami termakbul kerana result STPM dia mengalahkan pelajar contoh  malah result SPM saya tergolong  Top20 keputusan SPM Terbaik.Dan kini saya dan dia dianggap kawan rapat dan dia menjadi ikon pada saya.Alhamdulillah dia berubah dan telah menyedari kesilapan dia dulu.semoga dia ( kawan ) dirahmati Allah selalu.Persahabatan kami telah banyak teruji sehingga saya menanggung budi yang sangat besar terhadapnya.Allahuakhbar semoga Allah melidungi kawan saya ini dan menghampunkan dosa-dosa samada sengaja ataupun tidak sengaja dia lakukan.Kini kamilah kawan,semoga allah merdhai persahabatan kami.Amin

Kesimpulanya

Allah selalu memberi kita ruang dan peluang untuk bertaubat dan andai kita mati sebelum bertaubat mayat kita umpama babi didalam kubur.Selain itu,anggapan kita orang jahat tidak mungkin akan menjadi baik adalah silap kerana kita tidak pernah memberi peluang.Padahal orang jahat yang berubah untuk menjadi baik adalah lebih baik daripada orang yang baik tapi senyap-senyap dialah syaitan bertopengkan manusia.

Sekian Terima Kasih

3 comments:

  1. Fuyooo bapak kejam kan dia . Tapi itu masa lampau :) Everybody have their own history .

    ReplyDelete
  2. Kisah benar. Sgt Kagum. :) Tahniah pada Dia...

    ReplyDelete