ASSALAMUALAIKUM Sahabat....
Korang mesti pernah dengar kan “lagenda budak syaitan”,tapi
lagenda budak dajal lansung tiada kaitan dengan ini.Jalan cerita yang
berbeza dan ianya realiti bukan lakonan dan rekaan daripada sesiapa
pun.Langsung tidak terfikir bagi saya,seorang yang saya anggap dia musuh tetapi
akhirnya sekarang dialah kawan baik saya yang pernah digelar dajal dan saya
mengganggap dialah Lagenda budak Dajal.Dia
bukan dajal yang bermata satu tetapi hanyalah perangai dia seakan-akan dajal
sehingga dia dipanggil Dajal tetapi pada suatu masa Allah telah memberi rahmat
yang paling besar dalam hidupnya…..Dan kini dia telah mengkagumkan saya dan
orang ramai kerana dia bakal memegang segulung ijazah dan sekarang masih melanjutkan
pelajaran di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI).
Pada awalnya,saya hanya kenal dia sebagai seorang senior saya dan
tidak mungkin saya akan menjadi kawan baiknya padahal dia orang kampong saya
jugak.Perangai dia seakan-akan tidak berperikemanusiaan membuat saya tidak menghormatinya,Dia anak orang yang
berada,orangnya pulak handsome malah semua benda dia nak mesti dapat dan dia
akan usahakan dengan cara dia sendiri walaupun cara itu kejam.Saya memang kenal
dia,tetapi saya lansung tidak ambik kisah Cuma saya mendapat cerita ini pun
daripada orang lain.ini antara sebab mengapa dia dipanggil dajal.
Persendakan Hari akhirat
Astafirullahalazim,seolah-olah
menghina kebesaran dan kekuasaan Allah sebagai yang maha esa.Tidak sah kalau
dia dipanggil dajal.saya teringat sampai sekarang ayat dia
“Masa akhirat nanti semua
orang telanjang bulat kan,so katanya dia nak jual bundle murah-murah.Semua
manusia berkumpul dipadang masyar kan kononya Boxer satu seringgit dah untung”
Allahuakhbar,rasa takutnya kita dilaknat oleh Allah.
Persendakan nama Nabi
Tugas rasul untuk menyampaikan berita
gembira kepada kita,tetapi itu balasan dia.Saya tidak berapa ingat tentang
hinaan dia kepada para nabi.Kalau saya pulak yang menokok nambahnya cerita maka
sudah tidak menjadi cerita benar,malah saya sendiri yang akan dilaknat oleh
Allah.Cuma memang jelas,dia pernah permainkan nama-nama nabi kita
Tiada Perasaan
Orang
yang tiada perasaan ini susah dibuat kawan,apa yang kita rasa dia tidak merasainya.Salah
satu perbuatan tidak berperasaan dia adalah…
“Pada suatu ketika dia ingin ke
kedai,tetapi kawan dia sempat mengirimkan untuk membeli air Redbull yang dalam
tin ,masa dia balik kawan dia pelik mengapa tin air tersebut terbuka tapi
alasan dia cakap,itu sebagai upah membeli jadi dia minum sedikit.Lalu kawan dia
tidak ambik kisah,terus minum tetapi termuntah semula padahal air yang dalam
tin redbull itu sudah habis diminum dan di ganti dengan air kencing.Hee tak
boleh bayangkan minum air kencing.
Bila tiba masanya……
Dia semakin selesa dengan perbuatan dia
sampai orang tidak berani menegur malah semakin bermaharajalela dengan
kejahatan.Allah telah mengujinya kemalangan.Dia
mengalami kemalangan jalan raya pada hari pertama Raya Aidilfitri,Orang mungkin
meramal dia meninggal dunia,kerana semasa kemalangan itu wajahnya bertukar
kerana tempurung kepala pecah,bawah mata yang berlubang tertusuk serpihan
cermin,rahang patah dan gigi semua berterabur.Tetapi Alhamdulillah Allah masih
memberi peluang untuk hidup.Selepas pada kemalngan itu segala-galanya
bertukar,wajahnya seolah-olah tidak pernah orang kenal.Sebagai pengajaran:
”Kadang-kadang Allah bagi
kita umur yang panjang adalah satu rahmat dan Allah bagi kita umur yang panjang
supaya kita bertaubat di atas dosa dan kesilapan kita selagi pintu taubat masih
terbuka untuk kita.Betapa sayangnya Allah pada kita”
Kami berkawan?
Ya hari yang tidak disangkakan dia telah
ditawar menjadi pelajar tingkatan enam dan telah menjadi senior untuk kali
kedua.tetapi lain ceritanya apabila dia tinggal di asrama malah satu dorm dengan
saya.Pada mulanya saya lansung tidak menghiraukan tetapi disebabkan tinggal
sebilik makin lama kami mulai rapat dan makin lama kami mulai berkawan.Perangai
dajal dia masa itu sudah lupus dek banyak pengalaman yang menginsafkan dirinya.Pada
tahun itu dia menduduki peperiksaan STPM dan Saya menduduki peperiksaan SPM..
Saya yang dulu
takut untuk memonteng sekolah,akhirnya saya tertunduk dengan diri sendiri.disebabkan
kisah lagenda dia dulu sehingga orang tetap memanggil dia dajal dan saya pulak
hampir dipanggil “ adik dajal” walaupun
dia masih digelar legenda dajal tetapi saya tidak kisah kerana saya berasa
selesa berkawan orang sepertinya malah dia telah berubah menjadi orang baik.saya
pun turut boleh dikategorikan pelajar malas belajar.tetapi kami berharap
“walaupun sejahat-jahat
kami,kami nak pegang segulung ijazah”
Haa macam annoying je kan malas belajar tetapi ada hati nak
segulung ijazah.Tetapi akhirnya doa kami termakbul kerana result STPM dia
mengalahkan pelajar contoh malah result
SPM saya tergolong Top20 keputusan SPM
Terbaik.Dan kini saya dan dia dianggap kawan rapat dan dia menjadi ikon pada
saya.Alhamdulillah dia berubah dan telah menyedari kesilapan dia dulu.semoga
dia ( kawan ) dirahmati Allah selalu.Persahabatan kami telah banyak teruji
sehingga saya menanggung budi yang sangat besar terhadapnya.Allahuakhbar semoga
Allah melidungi kawan saya ini dan menghampunkan dosa-dosa samada sengaja
ataupun tidak sengaja dia lakukan.Kini kamilah kawan,semoga allah merdhai
persahabatan kami.Amin
Kesimpulanya
Allah selalu memberi kita ruang dan
peluang untuk bertaubat dan andai kita mati sebelum bertaubat mayat kita umpama
babi didalam kubur.Selain itu,anggapan kita orang jahat tidak mungkin akan
menjadi baik adalah silap kerana kita tidak pernah memberi peluang.Padahal
orang jahat yang berubah untuk menjadi baik adalah lebih baik daripada orang
yang baik tapi senyap-senyap dialah syaitan bertopengkan manusia.
Sekian Terima Kasih
Fuyooo bapak kejam kan dia . Tapi itu masa lampau :) Everybody have their own history .
ReplyDeleteKisah benar. Sgt Kagum. :) Tahniah pada Dia...
ReplyDeleteyes,kisah benar :)
ReplyDelete